Hello New York!!!

Syukur alhamdulillah dengan segal limpah kurnia, aku selamat sampai ke Hoboken, New Jersey. Kursus persediaan 2 tahun aku di INTEC, disambung ke Stevens Institute of Technology. Mungkin tak feymes sangat universiti nie di mata orang Malaysia, tapi ia universiti yang sangat fleksibel, fun & bereputasi yang baik.

Sebenarnya, sekarang nie maybe aku stil jet lag lagik. Ngantok sangat-sangat di siang hari pun. So far, orang US sangatlah sporting tapi kadang-kadang susah nak masuk bergaul dengan diorang. Aku akan cerita dengan lebih lanjut nanti. Sekarang nie tiada mood lagi sebab still letih, & banyak lagi perkara yang perlu aku setelkan. Buku-buku, jadual kelas, no telefon, & macam-macam lagi la nak kena setelkan. Layan la random pics dulu ye…

P1050347

View NYC dari bilik aku

P1050348

View NYC dari bilik aku 2

P1050349

Lagi view NYC dari bilik aku

P1050311

Stevens

P1050274

Newark Airport

P1050283

Mike: Penyambut Kami

P1050243

Singgah Taipei

Setakat tu dulu la. Sekarang nie sangatlah mengantuk. Jet Lag agaknya. Insya Allah nanti aku ceta pengalaman sket walaupun aku baru aje sampai. Hehe.

P1050289

Naek Limo owh p Stevens

Posted in Personal, Travel | 4 Comments

WordPress 3.0 Launched

Hua..Dah lama aku tak jenguk dunia blog nie. Akibat kemalasan yang amat melanda diri, seriusly rasa malas gila nak update. Bila buka lowyat.net malam tadik, ada WordPress 3.0 (version latestnya), aku pun tanpa membuang masa terus aje buka ghodek-ghodek balik blog yang dah hampir ditamatkan perkhidmatan nie.

Niat nak batalkan akaun blog nie terbantut atas adanya WordPress 3.0 nie. Baru aje install tatsat, tak sempat explore lagi. So far, cam senang la sikit nak edit background image & header guna template TwentyTen yg diorang kasik lam update baru nie. Kira ada la semangat sket nak blogging balik tapi bukanlah secara serius.

Hah kepada sape-sape yang belum update WordPress tu, tunggu apo laie, update la cepat-cepat. Oh, dah kul 2.45, kena tgk England lawan neh. Nanti update lagik ye..

Posted in Uncategorized | Tagged , | 4 Comments

Kisah Kem BTN Maran, Pemandu Teksi Yang Tamak & Summer Semester

Assalamaulaikum.. Fuh lama dah update blog nie. Atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan + malas, memang lambat la nak update.

*****

BTN

Isnin lepas, aku ada hadiri kem BTN kat Maran, Pahang. Kem tu boleh tahan terpencil, dalam hutan owh. Bila panas, memang panas giler tapi bila dah ujan walaupun 10 minit, sampai ke pagi sejuk gila babeng beb. Nak bangun Subuh pun kena kuat nak lawan kesedapan tidur sejuk selesa best. BTN aku dicampur bersama-sama ngan budak-budak ADFP & ACTP (aku actp). Orang cakap BTN nie boring la, ape la, macam-macam yang negatif. Tapi bagi aku, best owh dapat kenal ngan orang-orang baru, dapat faham perlembagaan Malaysia. Paling best, dapat buat abseling. Ape yang aku dapat belajar, perpaduan tu yang penting.

a

Group BTN

***** Continue reading

Posted in Personal | Tagged , , , , , , , , , , , , | 2 Comments